Kelebihan dan Kekuatan Surah Al-Fatihah

Dalam satu hadith di kisahkan ketika jibrail a.s sedang duduk berdekatan Rasulullah SAW dan tiba-tiba, ia mendengar dari atas, iaitu dari langit, satu suara seakan benda pecah.Jibrail a.s berkata “malaikat tertentu telah turun dari langit yang tidak pernah turun sebelum hari ini”. Malaikat ini memberi salam dan berkata “ Wahai Rasulullah SAW semoga tuan diberkati. Tuan telah dianugerahkan dengan dua cahaya yang tidak pernah diberikan kepada seornag Nabi pun sebelum ini. Satu ialah Fatihatul Kitab dan yang kedua ialah dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah. Apa sahaja huruf yang tuan baca daripadanya akan diberi ganjaran.”

Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Abdillah, Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya Iblis menjerit 4 kali .Pertama, pada hari ia dilaknat, kedua, ketika ia turun ke bumi, ketiga, Ketika Allah swt mengutuskan Muhammad saw pada tempoh terhentinya rasul, dan keempat, ketika diturunkan Umm al-Kitab yakni “Alhamdulillahi robbil ‘alamin”. Dan Iblis tertawa terbahak-bahak 2 kali, pertama, ketika Adam makan buah dari pohon dan kedua, ketika ia diturunkan ke bumi”

Ketika Surah Al-Fatihah diturunkan, semua iblis menangis kerana ketakutan.Suara tangisan iblis terdengar oleh seluruh makhluk kesegenap penjuru dunia kecuali manusia.Ada riwayat yang mengatakan semua iblis berkumpul dan menjerit dengan sekuat kuatnya sebanyak empat kali ketika surah ini diturunkan.
image
Surah Al-Fatihah mempunyai banyak nama dan salah satunya ia di kenali sebagai Fatihatul Kitab.Ia di namakan begitu kerana ia merupakan pembukaan bagi mashaf,pembukaan bagi solat dan merupakan surah pertama yang turun dengan sempurna.

Senarai nama-nama lain bagi surah Al-Fatihah :

1.Fatihah al-Kitab (Pembuka al-kitab)
2.Fatihah al-Quran (Pembuka al-Quran)
3.Umm al-Kitab (Induk al-Kitab)
4.Umm al-Quran (Induk al-Quran)
5.Al-Quran al-Azim (Quran yang agung)
6.Al-Sab’al-Mathani (Tujuh yang berulang)
7.Al-Wafiyah (Yang memenuhi)
8.Al-Waqiyah (Yang melindungi)
9.Al-Kanz ( Perbendaharaan)
10.Al-Kafiyah (Yang mencukupi)
11.Al-Asas (Asas)
12.Al-Nur (Cahaya)
13.Surah al-Hamd (Surah pujian)
14.Surah al-Syukr (Surah Syukur)
15.Surah al-Hamd al-Ula (Surah pujian pertama)
16.Surah al-Hamd al-Qushwa (Surah pujian terakhir)
17.Surah al-Ruqyah (Surah mantera penawar)
18.Surah al-Syifa’ (Surah Ubat)
19.Surah al-Syafiyyah (Surah penyembuh)
20.Surah al-Solat (Surah Solat)
21.Surah al-Du’a ( Surah Doa)
22.Surah al-Tolab (Surah permintaan)
23.Surah al-Su’al (Surah permohonan)
24.Ta’lim al-Mas’alah (pengajaran masalah)
25.Al-Minajat ( Bisikan)
26.Al-Tafwidh (Kepasrahan)
27.Al-Mukafaat (Penggantian)
28.Afdhal Suwar al-Quran ( Surah al-Quran paling utama)
29.Akhir al-Surah min suwar al-Quran (Surah al-Quran terakhir)
30.A’zham surah fi al-Quran ( Surah al-Quran paling agung) ]]

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:

“Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan

“Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

image

Kelebihan Surah Al-Fatihah

1.Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

2.Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur,
diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah
Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman
tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.

3. Bacalah 40 kali
surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk
memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah
hajatnya akan termakbul.

4.Surah al-fatihah jika dibaca 41x pada segelas air dan diminum, diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insyaallah akan segera sembuh

5.Baca dan diamalkan 7x selepas solat fardu, insyaallah orang yang mengamalnya dihindari dari segala kesusahan hidup.

6.Dibaca surah ini 41x selepas solat subuh, insyaallah akan mudah mendapat rezeki, hutang langsai dan akan disenangi orang apabila bertemu dengannya.

7.Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.

8.Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka ber­kata:

“Kami diberitahu bahawa saudara datang de­ngan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.

Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.

Initipati Surah Al-Fatihah

Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyri’, iktikad dengan Hari Akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadat, meminta pertolongan dan doa.Selain itu memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud-maksud asas.

As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya – Mukadimah fi at-Tafsir – berkata : Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.

As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya – Fi Zilal al-Quran antara lain berkata : Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.

As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma`arij at-Tafakkur membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat :

1. Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.

2. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepada-Nya tanpa sekatan dengan yang lain.

3. Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.

4. Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.
Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran ]]

**************************

image

Marilah kita membincangkan Surah Al-Fatihah ini dengan lebih mendalam lagi:

Surah ini dibaca oleh setiap muslim sekurang-kurangnya 17 kali sehari! Iaitu dalam setiap rakaat solat 5 waktu kita.Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, Rasulullah saw bersabda :

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Fatihah Al-kitab”

Hadis diatas sudah cukup memberikan satu keistimewaan kepada Surah ini.

Dalam Sahih Muslim, Rasulullah menyatakan bahawa Allah Swt terus menjawab bacaan Al-Fatihah hambanya, diriwayatkan dari al-‘Ala’ bin Abdur Rahman, dari ayahnya dari Abu Hurairah RA, Rasulullah saw bersabda :

“Aku telah membahagi solat dua bahagian antara diriKu dan hambaKu. Bagi hambaKu apa yang dia minta. Jika dia mengucapkan, “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”, maka Allah berfirman “HambaKu telah memujiKu”.Dan jika dia mengucapkan “Yang menguasai hari pembalasan”, maka Allah berfirman “HambaKu telah memuliakanKu”. Jika dia mengucapkan “Hanya kepada Engkaulah kami beribadat dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”. Maka Allah berfirman “Inilah bahagian antara hambaKu dan diriKu, untuk hambaKu apa yang dia minta”. Dan jika dia mengucapkan “iaitu jalan orang-orang yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat”, maka Allah berfirman “ Ini untuk hambaKu dan bagi hambaKu pula apa yang dia minta”.

Dalam sembahyang pula, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu daud, Sahmi, dan ‘Amr ad-Dani disahihkan oleh hakim, bahawa Rasulullah saw membaca surah ini dengan berhenti pada setiap akhir ayat(waqof), tidak menyambung satu ayat dengan ayat berikutnya(Washol).

Dalam Al-Quran sendiri Allah telah menyatakan tentang 7 ayat yang di ulang-ulang :

“Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (wahai Muhammad) , tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya”
[ Surah Al-Hijr: ayat 87 ]

Khairul Ghazali dalam bukunya “Misteri aura & energi Surah Al Fatihah”, pada mukasurat 44, menulis tentang nama-nama lain bagi surah ini :

[[ Berdasarkan hadith-hadith ,umumnya mufassir(yang terdahulu mahupun yang kemudian) menyebut tujuh nama; al-Quran menyebut 12 nama; al-Fakhr al-Razi dan al-Alusi, 22 nama dan Sayyid Muhammad Haqqi al-Nazili, 30 nama.

Besarnya makna dan kelebihan Surah Al-Fatihah.Sama-sama lah kita amalkan.

Share This Post

Recent Articles

Leave a Reply

© 2014 Islam Untuk Semua. All rights reserved. Site Admin · Entries RSS · Comments RSS
Powered by WordPress · Designed by Theme Junkie